Sejarah PKAI

Monday, 26 July 2010

Keluarga Nenda Hjh Kamsiah & Nenda Sangkerah



Nenda Hjh Kamsiah merupakan anak pertama bagi pasangan Embah Ikhsan dan Embah Tukijah. Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di Seri Bahrom. Beliau berkongsi hidup bersama Nenda Sangkerah bin Kastawi dan dikurniakan 9 orang anak. Nenda Kamsiah dan Nenda Sangkerah kedua-duanya meninggal dunia pada tahun 1986 di Kampung Simpang Enam, Senggarang, Batu Pahat, Johor.



HJH KAMSIAH BINTI IKHSAN SANGKERAH BIN KASTAWI




ISHAN
1948


SARIATON
1950


MUSTINGAH
1952

MOHD SAMURI
1954

MARLIAH
1956

MOHD ROHMAN
1958


SARMAH
1962


HARLINA
1966


MOHD PERMAN
1970




Keluarga keturunan Nenda Kamsiah pada 1 Syawal 2009

Imbasan Kenangan Keluarga

Keluarga Haji Ikhsan bin Ahmad merupakan peneroka awal Kampung Parit Seri Bahrom, Batu Pahat, Johor sejak awal tahun 1920-an. Haji Ikhsan telah dilantik sebagai ketua kampung dari tahun 1949 hingga 1957. Bakat kepimpinan yang mengalir di dalam tubuh m'bah Ikhsan telah diwarisi oleh anak keenamnya, iaitu nenda Haji Mohd Salleh (dikenali dikalangan sanak saudara sebagai Wakleh@Tokleh) yang telah dilantik sebagai ketua kampung yang sama selama 14 tahun dari tahun 1961 sehingga ke 1974.

Sepanjang memegang jawatan sebagai ketua kampung, nenda Tokleh banyak mengumpulkan sanak saudara pada setiap 1 Syawal sepanjang tahun di rumah m'bah Ikhsan dan m'bah Tukijah. Aktiviti perkumpulan anak cucu m'bah Ikhsan dan m'bah Tukijah ini diteruskan tanpa henti sehingga ke hari ini. Tradisi mulia ini mengalami beberapa penambahbaikan dari segi matlamat dan agenda. Bermula dari hanya perkumpulan ahli keluarga di pagi Syawal untuk bermaaf-maafan, ia telah berkembang menjadi majlis perhimpunan yang lebih besar dengan lebih banyak aktiviti. Aktiviti tahunan ini lebih menitikberatkan kepada agenda pendidikan, kebajikan, dan juga merapatkan ukhuwwah fillah di antara anak cucu Haji Ikhsan.

Pada 1 Syawal 1424 (2003), satu keputusan telah di ambil bagi memantapkan lagi perhimpunan keluarga Al-Ikhsan menerusi satu ikatan perundangan. Satu yayasan dengan nama cadangan YAYASAN KELUARGA AL-IKHSAN telah di majukan dan satu jawatankuasa PROTEM bagi mentadbir yayasan ini juga telah di lantik. Di antara tugas awal jawatankuasa ini ialah mencadangkan draf perlembagaan persatuan yang lengkap untuk tujuan pendaftaran.

Draf awal perlembagaan YAYASAN AL-IKHSAN telah di majukan ke pejabat pendaftar pertubuhan pada akhir 2005. Setelah mengalami beberapa pindaan, akhirnya cadangan YAYASAN AL-IKHSAN telah berjaya di daftarkan atas nama,

PERSATUAN KELUARGA AL-IKHSAN, MALAYSIA
Sah di daftarkan pada 5 April 2007
No Pendaftaran : 0612-17-SEL

Ia merupakan satu persatuan keluarga di peringkat kebangsaan. Dengan sah daftarnya persatuan ini, pentadbir Persatuan Keluarga Al-Ikhsan akan lebih mudah mentadbir berpandukan perlembagaan / undang-undang yang berkaitan.

Ketika ini, Persatuan Keluarga Al-Ikhsan telah mempunyai seramai 80 orang ahli berdaftar. Adalah menjadi hasrat kami untuk menambahkan jumlah ahli berdaftar dan mempelbagaikan aktiviti persatuan. Di antara matlamat persatuan ini adalah untuk membaiki mutu modal insan anak cucu Haji Ikhsan dari segi tahap pendidikan, kedudukan ekonomi dan seterusnya nama baik dan juga menambahkan sumbangan semua ahli ke arah kebajikan semua warga Al-Ikhsan. AMIN.

Saturday, 17 July 2010

Seingatku.....

Dari kiri : Dolah Kamari, Hj Salleh, Hjh Esah (arwah), Hj Sahri (arwah), Hjh Kamsiah (arwah), Hj Sangkerah (arwah), ....., Hjh Supinah, Mokmin, Hjh Sutirah (arwah), Hj Hanafi, Lasimah
Duduk : Nenda Hjh Tukijah Othman
Tiada dlm gambar : Nenda Hj Ikhsan, Kamsaton, Sulastri, Mohammad, Mardiah


Haji Ikhsan nindaku...isterinya Ninda Hajah Tukijah. Aku pernah bertemu kedua-dua arwah ini sewaktu aku kecil. Ninda Hajah Tukijah aku mengenalinya hingga waktu di menara gading namun tidak suaminya. Ninda Haji Ikhsan meninggal dunia waktu aku kecil lagi.

Keakraban keluarga ini sudah termaktub sejak aku lahir lagi..kami akan berkumpul ramai setiap Hari Raya Pertama, ini menjadi keistimewaan Keluarga Al Ikhsan. Ianya terbina sejak ninda masih ada lagi di dunia.Setiap kali perjumpaan begitu ramai yang berkumpul..makan apa saja yang terhidang.

Kemajuan zaman turut memajukan Keluarga Al-Ikhsan. Setiap keluarga (11 adik beradik) ini pasti ada anak yang mewakili keluarga ke menara gading..pandai-pandai nya..apatah lagi generasi seterusnya. Oleh itu...perlu ada mereka yang tampil menerajui sebuah persatuan keluarga besar ini....maka itulah wujudnya PERSATUAN KELUARGA AL-IKHSAN

Semoga persatuan keluargaku ini sentiasa di redhai Allah kehendakNya. Amin.