Sepanjang memegang jawatan sebagai ketua kampung, nenda Tokleh banyak mengumpulkan sanak saudara pada setiap 1 Syawal sepanjang tahun di rumah m'bah Ikhsan dan m'bah Tukijah. Aktiviti perkumpulan anak cucu m'bah Ikhsan dan m'bah Tukijah ini diteruskan tanpa henti sehingga ke hari ini. Tradisi mulia ini mengalami beberapa penambahbaikan dari segi matlamat dan agenda. Bermula dari hanya perkumpulan ahli keluarga di pagi Syawal untuk bermaaf-maafan, ia telah berkembang menjadi majlis perhimpunan yang lebih besar dengan lebih banyak aktiviti. Aktiviti tahunan ini lebih menitikberatkan kepada agenda pendidikan, kebajikan, dan juga merapatkan ukhuwwah fillah di antara anak cucu Haji Ikhsan.
Pada 1 Syawal 1424 (2003), satu keputusan telah di ambil bagi memantapkan lagi perhimpunan keluarga Al-Ikhsan menerusi satu ikatan perundangan. Satu yayasan dengan nama cadangan YAYASAN KELUARGA AL-IKHSAN telah di majukan dan satu jawatankuasa PROTEM bagi mentadbir yayasan ini juga telah di lantik. Di antara tugas awal jawatankuasa ini ialah mencadangkan draf perlembagaan persatuan yang lengkap untuk tujuan pendaftaran.
Draf awal perlembagaan YAYASAN AL-IKHSAN telah di majukan ke pejabat pendaftar pertubuhan pada akhir 2005. Setelah mengalami beberapa pindaan, akhirnya cadangan YAYASAN AL-IKHSAN telah berjaya di daftarkan atas nama,
PERSATUAN KELUARGA AL-IKHSAN, MALAYSIA
Sah di daftarkan pada 5 April 2007
No Pendaftaran : 0612-17-SEL
Sah di daftarkan pada 5 April 2007
No Pendaftaran : 0612-17-SEL
Ia merupakan satu persatuan keluarga di peringkat kebangsaan. Dengan sah daftarnya persatuan ini, pentadbir Persatuan Keluarga Al-Ikhsan akan lebih mudah mentadbir berpandukan perlembagaan / undang-undang yang berkaitan.
Ketika ini, Persatuan Keluarga Al-Ikhsan telah mempunyai seramai 80 orang ahli berdaftar. Adalah menjadi hasrat kami untuk menambahkan jumlah ahli berdaftar dan mempelbagaikan aktiviti persatuan. Di antara matlamat persatuan ini adalah untuk membaiki mutu modal insan anak cucu Haji Ikhsan dari segi tahap pendidikan, kedudukan ekonomi dan seterusnya nama baik dan juga menambahkan sumbangan semua ahli ke arah kebajikan semua warga Al-Ikhsan. AMIN.

No comments:
Post a Comment